Ahli-ahli
UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di
dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah,
khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul
Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan ‘cantas-mencantas’ khususnya ketika
proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi
asam garam dalam politik, namun ketika menjangkau usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO
sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.
“Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita
nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah
mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan
kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum
ke-14.
Begitu juga di dalam Pemuda, kita harus melihat kepada asas
perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan
perjuangan yang member makna kepada kehidupan rakyat.
Ahli-ahli Pemuda harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan
gossip, mengata, memperlekeh sesame kita, mengejek dan berjenaka tentang
pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan
akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan
merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan
parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam,”
ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.
Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang
terkecewa dalam parti, yang mahu mahu mencorakkan gerakan dalam parti dengan
tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.
“Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan
tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah
berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah
membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada
anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita,”
ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan