Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi
Memaparkan catatan dengan label PemilihanUMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PemilihanUMNO. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2013

Apa Kata MB & Ketua Menteri Tidak Bertanding Jawatan Tertinggi UMNO ........


Yer, medan pertempuran untuk merebut jawatan dalam parti UMNO bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi sudah terbuka luas.

Sekarang nie hanya menunggu masa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut dengan pemimpin yang benar-benar untuk mengisi asas perjuangan agama, bangsa dan negara atau mengisi jawatan tersebut dengan pemimpin yang sekadar mahu mengisi perjuangan dengan agenda peribadi semata-mata.

Hari ini, kita masih dalam demam hari raya, sibuk dengan rumah terbuka sana dan sini, dalam sibuk-sibuk beraya tu, confirm agenda pertandingan turut mengisi agenda penting rumah-rumah terbuka tersebut..... (rumah terbuka sahabat-sahabat UMNO sahajalah).

Okey, berbalik pada soal pemilihan UMNO ini, aku nak mencadangkan sahaja agar Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri agar tidak bertanding di peringkat pimpinan tertinggi, sama ada Naib Presiden ataupun Ahli Majlis Tertinggi, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk memajukan, memakmurkan atau pun memperkuatkan jentera parti UMNO dan BN di peringkat negeri masing-masing dalam menuju `medan perang PRU14'....


Contohnya Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno kali ini.


Sebaliknya kata Ketua Perhubungan Umno Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Khamis, 1 Ogos 2013

Jangan Layan Adu-Domba, Kembali Kepada Asas Perjuangan UMNO


Ahli-ahli UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan ‘cantas-mencantas’ khususnya ketika proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi asam garam dalam politik, namun ketika menjangkau usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.

“Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14.

Begitu juga di dalam Pemuda, kita harus melihat kepada asas perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan perjuangan yang member makna kepada kehidupan rakyat.

Ahli-ahli Pemuda harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan gossip, mengata, memperlekeh sesame kita, mengejek dan berjenaka tentang pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang terkecewa dalam parti, yang mahu mahu mencorakkan gerakan dalam parti dengan tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.


“Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita,” ujarnya lagi.