Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Rabu, 21 Ogos 2013

Kes Denggi Meningkat 96% Di Johor


Johor mencatatkan peningkatan kes denggi 96.2 peratus atau 1,660 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 846 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata sepanjang tempoh itu juga sebanyak tujuh kematian dicatatkan, berbanding hanya satu tahun lalu.

Johor Baharu mencatatkan peningkatan tertinggi dengan 1,124 kes diikuti Kulaijaya (173) dan Kluang (91), Kota Tinggi (82), Batu Pahat (60), Pontian (44), Segamat (25), Ledang (23), Muar (20) dan Mersing sebanyak 18 kes, katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) yang mahukan penjelasan berhubung kes denggi dan wabak kencing tikus atau 'leptospirosis' di negeri itu bagi separuh pertama tahun ini.

Menurut Ayub, bagi leptospirosis' pula Johor mencatat penurunan daripada 41 kes bagi Januari-Jun tahun lalu kepada 24 kes dalam tempoh sama tahun ini.

Batu Pahat mencatatkan kes tertinggi dengan tujuh kes diikuti Ledang (5), Muar (3), Kluang, Kota Tinggi dan Mersing (1) serta Johor Baharu, Pontian dan Kulaijaya masing-masing satu kes.


Tiada kematian dicatatkan akibat jangkitan itu sepanjang tempoh berkenaan, kata Ayub.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan