Kerajaan negeri Johor sedang mengkaji untuk mengadakan
beberapa strategi bagi memastikan perancangan membina rumah kos rendah dan
mampu milik di Johor dapat dilaksanakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu
perumahan menjadi tumpuanrakyat kerana harga rumah meningkat begitu tinggi
sehingga di luar kemampuan sejak kebelakangan ini.
“Di Johor, kita sudah meletakkan syarat untuk setiap pemaju
membina rumah kos rendah dan mampu milik, tetapi isunya sebahagian mereka tidak
melaksanakan syarat tersebut.
“Kerajaan Johor sudah kenal pasti syarikat sebegitu. Kita sudah
arahkan PBT menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan kepastian sama ada
mereka akan melaksanakan ia atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka
Menteri Besar Johor di Stadium Tertutup MPPG, di sini, semalam.
Mohamed Khaled berkata, meskipun strategi dimaksudkan masih di
peringkat perbincangan, kerajaan negeri sudah menubuhkan ‘task force’ untuk
menyediakan rumah mampu milik dan kos rendah.
“Kita (task force) melihat kepada semua kawasan, mengenal pasti
permintaan dan menentukan agar kita dapat memenuhi permintaan dengan melaksana
seterusnya menjayakan bekalan (kediaman),” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan memperluaskan
penyediaan Projek Perumahan Transit untuk
pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga kepada golongan bujang.
Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan melihat
terlebih perkara itu dalam semua sudut.
Selain itu, kerajaan negeri
juga akan memberi perhatian kepada penyediaan perumahan PPR untuk disewa
kepada golongan sasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan