Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi
jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku
kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri
mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau
menggerakkan pemberontakan besar-besaran.
Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.
Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan
agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi
beliau sedikit publisiti. Ini kerana,
Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan
pasti akan ditolak.
Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam
kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana
Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen
PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.
Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan
dengan lebih berkesan. Malah, lebih
baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip
derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah
pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5
juta.
Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari
Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad
Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah
Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan
Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan
membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.
Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada
kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen
Pilihan Raya 1954.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri
Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada
lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai
tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.
Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas
dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga.
Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’
kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau
saksi pun tidak ada.
Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan
teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes
liwatnya.
Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak
dapat berfikir dengan baik. Sebagai
aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau
tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan
ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan
sepenuhnya kepada dirinya.
Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah
dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk
publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5
juta, bukan masalah baginya. Makan malam
mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan
partinya, dan mungkin juga dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan