Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari
ini mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini
jelas menunjukkan sikap double standard mereka yang tidak beri ruang dan
peluang kepada rakyat khususnya kaum Cina untuk menonton dan menilai filem yang
diterbitkan mengenai sejarah Negara.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, tindakan ini sekaligus menunjukkan DAP takut
pada baying-bayang sendiri, tidak professional dan tidak mendokong prinsip
kebebasan bersuara yang mereka laung-laung selama ini.
“DAP jelas takut pada kebenaran sedangkan filem Tanda Putera
adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan
merupakan 'tribute' kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang membangunkan Malaysia selama ini.
Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta
atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu,”
ujarnya yang juga Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.
Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap,
Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian
rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh
kepimpinan parti DAP.
“DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri
apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan
CEC.
Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan
DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga
merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.
Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap,
Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505
untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan
Raya Umum, jika pemilihan parti sendiri
juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan
kelayakan DAP untuk mempertikai SPR,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan