Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Isnin, 16 September 2013

Pertikai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- N Surendran Keterlaluan

Pergerakan Pemuda UMNO melihat kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran bersikap keterlaluan apabila menganggap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sebagai dasar ‘diskriminasi ekonomi berasaskan kaum’.

EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan Surendran  itu berbaur rasis dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.

"Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam, N Surendran sepatutnya memahami bahawa  termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Malah dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, N Surendran dinasihatkan agar tidak ‘memercikkan’ api perkauman dan usah menjadi ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

Pemuda Umno mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, mereka akan menghapuskan semua agensi yang berkaitan dengan orang Melayu seperti Mara, Feldam Tekun dan sebagainya.


"Oleh itu, individu yang yang berfikiran sempit ini tidak layak dijadikan pemimpin dan perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang kerana kehadirannya umpama ‘virus’ yang akan merosakkan perpaduan di negagara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Muda, Pemuda UMNO Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan