Assalammualaikum.... terharu dengan sokongan sahabat-sahabat, tidak
kira di mana. Amanah besar yang harus dipikul dengan saya menjadikan 4P sebagai
agenda utama .... tidak kiralah menang atau kalah pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO
bahagian Johor Bahru kelak .... Pendidikan,
Pekerjaaan, PembangunanUsahawan & PerumahanAnakMuda antara isu atau
perkara penting yang saya fikirkan wajar untuk diperjuangkan oleh Pemuda UMNO
.....
Hari nie 22 September sehingga 12 Oktober 2013, kita warga
PemudaUMNO dari segenap lapisan, marilah kita berkempenlah secara adik-beradik,
walaupun mungkin ada kapal atau kem-kem tertentu....
Biarlah ianya hanya sehingga 12 Oktober nanti, kerana mulai 13
Oktober kita WAJIB berada dalam satu kapal besar PemudaUMNO yang akan membawa
obor perjuangan UMNO sebagai sebuah parti keramat orang MELAYU ......
Perjuangan kita bukan setakat 12 Oktober 2013 kerana misi kita
adalah untuk memartabatkan syiar Islam dan orang Melayu selain memastikan
keselamatan serta kemakmuran tanahair kita yang tercinta ini.
Diam tak diam, rupanya dah 16 tahun saya bersama UMNO .... 8 Mac
1997 .... setahun sebelum berlakunya konflik atau bermulanya zaman Reformasi politik
dalam negara kita ....
Satu tempoh masa yang saya rasa, cukup mematangkan lebih-lebih
lagi, kehadiran saya di kala zaman REFORMASI Politik Negara ...... Namun
sepanjang tempoh itu jugalah..... saya sama sekali tidak pernah keluar atau
tersasar dari landasan perjuangan UMNO .....
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat saya, malah sifu-sifu
politik saya .... Datuk Ruhanie Ahmad, Azman Hashim @ Man Gunung, Datuk Mohd
Nardin Awang, Dzulkafli Hj Mohd Shariff, Hambali Abd Latiff, Rafie Wagini,
Nawari Yaakob, Md Jais Sarday .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan