Golongan Bumiputera yang menerima manfaat di bawah agenda
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera perlu bersedia membangunkan keupayaan mereka dan
bersaing sesama sendiri, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin.
Beliau berkata dengan cara itu mereka mampu mencapai kecemerlangan
dan kejayaan serta akhirnya dapat membantu Bumiputera lain demi meningkatkan status
ekonomi masyarakat itu keseluruhannya.
"Ini bukan bermakna masyarakat Bumiputera menerima bantuan
itu tanpa
melakukan apa-apa. It is not handouts (Ini bukan pemberian
percuma)," katanya yang ditemui semasa lawatan kerja ke Taman Megah Ria di
sini hari ini.
Mengulas mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang
diumumkan Perdana Menteri semalam, Mohamed Khaled berkata ia menunjukkan
keberanian dan komitmen kerajaan untuk memenuhi kehendak dan hasrat golongan
yang mewakili 67.9 peratus daripada penduduk dalam negara ini.
"Di peringkat kerajaan negeri kita akan menyediakan pelbagai
usaha bagi menjayakan agenda ini termasuk meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi
Utama) kepada pegawai dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC
(syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) seperti JCorp (Johor Corporation),
KPRJK (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor) dan pihak berkuasa tempatan supaya
mereka juga berusaha untuk menjayakan agenda ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan