Ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan BN negeri Selangor
dan sebagai tanda terima kasih kepada YAB Presiden UMNO atas kepercayaan
melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, merupakan intipati
penting untuk Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar untuk
tidak mempertahankan atau mencalonkan dirinya untuk bertanding sebagai Ahli
Majlis Tertinggi pada pemilihan parti tahun ini.
Ujarnya, beliau dan kepimpinan UMNO negeri Selangor akan berusaha untuk merealisasikan hasrat Perdana
Menteri supaya UMNO dan BN kembali berkuasa di negeri Selangor.
“Selepas saya melihat senario politik di Selangor, ia memerlukan
saya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.
Dalam masa yang sama, saya ingin memberi tumpuan sebagai Pengerusi
Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan
kerajaan persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi
dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor.
Dalam masa yang sama, saya juga menghormati suara sayap di dalam
UMNO yang mencadangkan wakil mereka bertanding di dalam Majlis Tertinggi.
Secara kebetulan antara calon-calon sayap tersebut datangnya dari Selangor
iaitu Datuk Sohaimi Shahadan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga
Ketua Pemuda Selayang, Datuk Raja Ropiah Ketua Wanita UMNO Selangor, disamping Datuk Satim Diman, Ketua Bahagian
Puchong yang telah menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi,” ujarnya
dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa terkilan dengan
laporan tidak tepat yang disiarkan di dalam media pada 3 September yang lepas, tentang
kenyataan secara umum beberapa pemimpin UMNO dan penganalisa politik mengenai
laluan kepada muka-muka baru di dalam kepimpinan UMNO.
“Kenyataan tersebut sebenarnya adalah respond kepada soalan
pemberita . Saya sama sekali tidak berniat untuk merujuk kepada mana-mana Ketua-Ketua
UMNO Bahagian dalam negeri Selangor.
Kenyataan saya tersebut adalah secara umum dan saya ingin
menegaskan, semua pemimpin di semua peringkat berhak untuk bertanding dan
terserah kepada perwakilan untuk menentukannya.
Pimpinan UMNO Selangor tidak akan campur tangan dalam sebarang
pertandingan di bahagian dan saya menafikan sekiranya ada individu yang
mengaitkan nama saya. Segala keputusan perwakilan akan di iktiraf selaras
dengan konsep demokrasi di dalam parti UMNO,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan