Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi
Memaparkan catatan dengan label Nazir Hussin Akhtar Hussin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nazir Hussin Akhtar Hussin. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Patutlah Azmin Tak Layak Jadi MB Selangor – Rupanya Dia Amal Politik Kebudak-Budakan - Nazir


EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin menempelak kenyataan dangkal Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam melontarkan cabaran kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib supaya bertanding dalam PRK N25 Kajang menentang Ketua Umum PKR.

Ujarnya, amalan politik kebudak-budakan Azmin Ali dalam hal ini menguatkan lagi alasan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menolak beliau sebagai calon Menteri Besar adalah amat tepat.

“Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sebenarnya sedang memperkosa amalan demokrasi di negara ini dan membuktikan bahawa kepercayaan dan keyakinan pengundi dan rakyat di negeri Selangor amat mudah untuk di permainkan.

PKR seharusnya mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang diwakili Azmin Ali bagi memberi ruang kepada Pelacur Politik seperti Anwar Ibrahim memenuhi cita-cita peribadi sebagai Menteri Besar setelah gagal menjadi Perdana Menteri memandangkan kepimpinan Azmin Ali terbukti ditolak oleh Pakatan Pembangkang Negeri Selangor,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Terdahulu, Azmin Ali menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terkemuka dunia, pemimpin yang dikehendaki oleh Negara-negara Islam seperti Timur Tengah serta Negara-negara yang membangun.

Kepimpinan Anwar bukan sahaja diperlukan di Malaysia malah di Negara lain. Sehubungan dengan itu, orang Kajang sangat beruntung kerana ada pemimpin dunia yang turun berjuang di Kajang.

Azmin turut mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk bersaing bersama Anwar Ibrahim merebut kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh.

Rafizi Sengaja Heret & Kaitkan Tun Mahathir – Strategi Haprak PR Tutup Kepincangan Parti Sendiri


Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi Ramli selaku Pakar Strategik PKR membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO. Tindakan memainkan politik melalui persepsi ini sememangnya menjadi strategi utama PKR sejak dahulu lagi bagi melahirkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan UMNO.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tidak cukup sekadar itu sahaja, Rafizi turut mengheret Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dalam menutup krisis kepimpinan PKR terutamanya di negeri Selangor. Sekiranya benar telahan Rafizi yang mana Tun Mahathir merancang percaturan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya waktu yang paling tepat adalah dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini.

“Agenda meracuni fikiran rakyat yang dilakukan oleh PKR selama ini sememangnya telah menampakkan hasil khususnya kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina dalam PRU 13 baru-baru ini. Rafizi terlalu yakin bahawa apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO akan diterima oleh rakyat tanpa ada persoalan.

Rafizi perlu sedar bahawa agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR yang cuba menutup kelemahan dan kecelaruan kepimpinan di negeri Selangor sehingga perlu mengorbankan DUN Kajang adalah kerana kesilapan sendiri. Dalam mereka sentiasa menghiburkan telinga rakyat terhadap pembaziran duit rakyat yang akhirnya mereka sendiri lakukan seperti ‘meludah ke langit’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Rafizi seharusnya perlu mengakui kelemahan parti sendiri dalam soal kepimpinan dan ketidakmampuan pentadbiran di negeri Selangor tanpa memperjudikan harapan pengundi di DUN Kajang serta jauh sekali menuding jari kepada pihak lain. Pendirian dan tindakan PKR Selangor ini juga turut dipertikai oleh PAS sendiri.

Kenapa perlu Anwar Ibrahim sanggup menjadi kuda tunggangan Azmin Ali bagi menangani Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Adakah ketandusan atau ketidaklayakan barisan kepimpinan PKR yang ada pada hari ini sebagai penyebab utama, melihat kepada kebijaksanaan Rafizi dalam memutarbelitkan isu dan mencelarukan fikiran rakyat adalah lebih baik dia sendiri bertanding di DUN Kajang tersebut untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar.

“Rafizi diingatkan jangan meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain seperti kenyataan yang dibuat. Jangan sampai kerosakan rumahtangga sendiri, orang lain yang dituduh. Kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat,” ujarnya lagi. 

Isnin, 16 September 2013

Pertikai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- N Surendran Keterlaluan

Pergerakan Pemuda UMNO melihat kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran bersikap keterlaluan apabila menganggap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sebagai dasar ‘diskriminasi ekonomi berasaskan kaum’.

EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan Surendran  itu berbaur rasis dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.

"Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam, N Surendran sepatutnya memahami bahawa  termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Malah dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, N Surendran dinasihatkan agar tidak ‘memercikkan’ api perkauman dan usah menjadi ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

Pemuda Umno mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, mereka akan menghapuskan semua agensi yang berkaitan dengan orang Melayu seperti Mara, Feldam Tekun dan sebagainya.


"Oleh itu, individu yang yang berfikiran sempit ini tidak layak dijadikan pemimpin dan perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang kerana kehadirannya umpama ‘virus’ yang akan merosakkan perpaduan di negagara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Muda, Pemuda UMNO Malaysia.