Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal yakin Majlis Amanah Rakyat (Mara) mampu melaksanakan tanggungjawabnya
melaksanakan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Ini kerana agensi di bawah kementeriannya itu sudah menjalani
penambahbaikan dan bersedia menggalas misi memastikan usaha meningkatkan daya
upaya orang Melayu dan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan dan
keusahawanan.
"Kita sudah menambah baik agensi ini supaya tiada kepincangan
ketika kita melaksanakan dasar yang diberikan kepada agensi ini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis
perjumpaan Hari Raya Umno bahagian Bakri di kediaman Ketua Umno bahagian itu,
Datuk Seri Saipolbahri Shuib di Kampung Tengah, Air Hitam di sini malam tadi.
Kira-kira 10,000 orang hadir di majlis itu termasuk Timbalan
Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Shafie berkata Mara yang menerima suntikan dana pendidikan RM1
bilion untuk membiayai program latihan, pendidikan, keusahawanan dan inovasi
kepada golongan muda di bawah agenda itu telah melatih dan menghantar ramai
anak muda dari luar bandar melanjutkan pengajian di luar negara sejak sekian
lama.
Katanya dengan pemantauan oleh sebuah agensi yang dipengerusikan
sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri
Muhyiddin Yassin, akan membantu pelaksanaan program itu mencapai matlamat seperti
dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan