Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan
kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel
bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.
Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga
akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan
kebencian terhadap kerajaan.
Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong
pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP.
Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar
tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini. Pendirian akhbar ini atau artikel ini,
dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela
kongsi gelap.
Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka
membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan
mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas
membalas tembakan.
Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita
bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah
dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang. Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap
lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di
negara ini.
Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP
mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di
Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di
kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling
ramai.”
Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina,
maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia
dijuarai oleh kaum Cina.
Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat
mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster.
Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat
hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan
persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster. Justeru, rakyat langsung tidak terkejut
apabila pemimpin DAP membela gangster.
Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum
India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.
Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan
mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang
melepasi jangkaan atau perancangan mereka.
Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi
pihak masyarakat Cina (DAP).
Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di
dalam parti mereka. Berbagai cara
dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain
Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat.
Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah
pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.
Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai
dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.
Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta
ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan
kepada Akta Pencegahan 1959. Turut
dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya)
pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara.
Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam
negeri adalah penting untuk keamanan negara.
Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta
tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan.
Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak
agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di
sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang
lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme
atau kongsi gelap sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan