Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Rabu, 25 September 2013

Budayakan Integriti Politik Di Kalangan Ahli Puteri UMNO


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bertujuan membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, integriti di dalam sesebuah organisasi, badan sahsiah dan parti politik harus dijadikan agenda utama bagi memelihara kestabilan sesebuah negara.

Masyarakat, khususnya orang muda jelas beliau memandang serius isu integriti pemimpin.

“Maka, Puteri UMNO melalui Biro Sukarelawan yang diketuai oleh Puan Jamilah Hanim Othman, telah bekerjasama dengan IIM semenjak tahun 2010 dan usahasama ini berterusan sehingga ke hari ini.

“Sebagai sayap yang paling muda di dalam UMNO, Puteri UMNO ingin mengambil inisiatif membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan yang terlibat di dalam organisasi ini.

“Kerjasama untuk membudayakan integriti di antara PPUM dan IIM akan diterjemahkan melalui program-program yang akan dijalankan mengikut zon seluruh Negara. Ini adalah sebahagian daripada usaha menyemai nilai murni dan memperkukuh jati diri para sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Puteri UMNO,” ujarnya kepada pemberita selepas sidang media di sini hari ini.


Ahad, 22 September 2013

Pemuda Penggerak Transformasi

Assalammualaikum.... terharu dengan sokongan sahabat-sahabat, tidak kira di mana. Amanah besar yang harus dipikul dengan saya menjadikan 4P sebagai agenda utama .... tidak kiralah menang atau kalah pada pemilihan  Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru kelak .... Pendidikan, Pekerjaaan, PembangunanUsahawan & PerumahanAnakMuda antara isu atau perkara penting yang saya fikirkan wajar untuk diperjuangkan oleh Pemuda UMNO .....

Hari nie 22 September sehingga 12 Oktober 2013, kita warga PemudaUMNO dari segenap lapisan, marilah kita berkempenlah secara adik-beradik, walaupun mungkin ada kapal atau kem-kem tertentu....

Biarlah ianya hanya sehingga 12 Oktober nanti, kerana mulai 13 Oktober kita WAJIB berada dalam satu kapal besar PemudaUMNO yang akan membawa obor perjuangan UMNO sebagai sebuah parti keramat orang MELAYU ......

Perjuangan kita bukan setakat 12 Oktober 2013 kerana misi kita adalah untuk memartabatkan syiar Islam dan orang Melayu selain memastikan keselamatan serta kemakmuran tanahair kita yang tercinta ini.

Diam tak diam, rupanya dah 16 tahun saya bersama UMNO .... 8 Mac 1997 .... setahun sebelum berlakunya konflik atau bermulanya zaman Reformasi politik dalam negara kita ....

Satu tempoh masa yang saya rasa, cukup mematangkan lebih-lebih lagi, kehadiran saya di kala zaman REFORMASI Politik Negara ...... Namun sepanjang tempoh itu jugalah..... saya sama sekali tidak pernah keluar atau tersasar dari landasan perjuangan UMNO .....


Terima kasih buat semua sahabat-sahabat saya, malah sifu-sifu politik saya .... Datuk Ruhanie Ahmad, Azman Hashim @ Man Gunung, Datuk Mohd Nardin Awang, Dzulkafli Hj Mohd Shariff, Hambali Abd Latiff, Rafie Wagini, Nawari Yaakob, Md Jais Sarday ..... 

Rabu, 18 September 2013

NAJIB Lakar Program Melayu Kuasai Ekonomi Negara

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.

Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan  pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.

Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.

Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan.

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.

Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020.

Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera.

Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.

Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan  (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.

Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat.

Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.

Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai.

Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.


Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.

Selasa, 17 September 2013

Perjuangan 'Suci' Chin Peng .....??


Sepanjang perjuangan 'suci' Chin Peng dan Parti Komunis Malaya 'membebaskan' negara ....

berapa ramai orang Melayu yang menjadi mangsa kepada perjuangan mereka.....

Berapa ramai orang Cina yang turut dibunuh kerana tidak mahu menjadi tali barut mereka.... kini, bila dah mati.... nak suruh kita angkat mereka sebagai hero, dah gila ke apa? Mana nak letak maruah pasukan keselamatan negara, khususnya Angkatan Tentera dan Polis ....


mana nak letak jiwa dan perasaan anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang yang mati dibunuh Chin Peng dan pasukannya ....??

Isnin, 16 September 2013

Shafie Yakin MARA Mampu Laksana Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Majlis Amanah Rakyat (Mara) mampu melaksanakan tanggungjawabnya melaksanakan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Ini kerana agensi di bawah kementeriannya itu sudah menjalani penambahbaikan dan bersedia menggalas misi memastikan usaha meningkatkan daya upaya orang Melayu dan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan dan keusahawanan.

"Kita sudah menambah baik agensi ini supaya tiada kepincangan ketika kita melaksanakan dasar yang diberikan kepada agensi ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya Umno bahagian Bakri di kediaman Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Saipolbahri Shuib di Kampung Tengah, Air Hitam di sini malam tadi.

Kira-kira 10,000 orang hadir di majlis itu termasuk Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Shafie berkata Mara yang menerima suntikan dana pendidikan RM1 bilion untuk membiayai program latihan, pendidikan, keusahawanan dan inovasi kepada golongan muda di bawah agenda itu telah melatih dan menghantar ramai anak muda dari luar bandar melanjutkan pengajian di luar negara sejak sekian lama.


Katanya dengan pemantauan oleh sebuah agensi yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membantu pelaksanaan program itu mencapai matlamat seperti dikehendaki.

Pertikai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- N Surendran Keterlaluan

Pergerakan Pemuda UMNO melihat kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran bersikap keterlaluan apabila menganggap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sebagai dasar ‘diskriminasi ekonomi berasaskan kaum’.

EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan Surendran  itu berbaur rasis dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.

"Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam, N Surendran sepatutnya memahami bahawa  termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Malah dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, N Surendran dinasihatkan agar tidak ‘memercikkan’ api perkauman dan usah menjadi ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

Pemuda Umno mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, mereka akan menghapuskan semua agensi yang berkaitan dengan orang Melayu seperti Mara, Feldam Tekun dan sebagainya.


"Oleh itu, individu yang yang berfikiran sempit ini tidak layak dijadikan pemimpin dan perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang kerana kehadirannya umpama ‘virus’ yang akan merosakkan perpaduan di negagara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Muda, Pemuda UMNO Malaysia.

Golongan Bumiputera Sedia Perlu Bangun Keupayaan Dan Sedia Bersaing - Khaled Nordin


Golongan Bumiputera yang menerima manfaat di bawah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera perlu bersedia membangunkan keupayaan mereka dan bersaing sesama sendiri, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dengan cara itu mereka mampu mencapai kecemerlangan dan kejayaan serta akhirnya dapat membantu Bumiputera lain demi meningkatkan status ekonomi masyarakat itu keseluruhannya.

"Ini bukan bermakna masyarakat Bumiputera menerima bantuan itu tanpa
melakukan apa-apa. It is not handouts (Ini bukan pemberian percuma)," katanya yang ditemui semasa lawatan kerja ke Taman Megah Ria di sini hari ini.

Mengulas mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Mohamed Khaled berkata ia menunjukkan keberanian dan komitmen kerajaan untuk memenuhi kehendak dan hasrat golongan yang mewakili 67.9 peratus daripada penduduk dalam negara ini.


"Di peringkat kerajaan negeri kita akan menyediakan pelbagai usaha bagi menjayakan agenda ini termasuk meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada pegawai dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) seperti JCorp (Johor Corporation), KPRJK (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor) dan pihak berkuasa tempatan supaya mereka juga berusaha untuk menjayakan agenda ini," katanya.

Ahad, 8 September 2013

DAP Berpecah Kerana Kongsi Gelap


Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.   Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.  

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP.

Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini.   Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.

Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan.

Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang.  Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.”

Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia dijuarai oleh kaum Cina.

Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster.   Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster.  Justeru, rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster.

Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.

Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka.  Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP).

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka.  Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat.  Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina. 

Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.  

Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959.   Turut dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara. 

Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan negara.  Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan.


Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini.

Noh Persoal Langkah MPK Roboh Premis Perniagaan Rakyat Tempatan


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar hari ini mempersoalkan sikap 'berat sebelah' Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang merobohkan premis perniagaan milik rakyat tempatan di Jalan Teratai di sini.

Beliau mempersoalkan tindakan MPK itu kerana majlis itu didapati tidak mengambil tindakan serupa terhadap beberapa kediaman di kawasan sama yang dijadikan premis kedai oleh warga asing.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan kerajaan negeri Selangor selama ini mendakwa ingin membela nasib rakyat apabila memerintah negeri itu.

"Saya difahamkan bila pakatan rakyat memerintah Selangor premis perniagaan yang didirikan oleh warga asing serta diragui statusnya tumbuh macam cendawan.

"Kenapa pihak berkuasa tempatan hanya tutup mata sedangkan tempat rakyat tempatan mencari rezeki dirobohkan. Kenapa amalkan double standard," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak premis yang dirobohkan itu di sini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa premis perniagaan melibatkan restoran, kedai runcit dan buah-buahan di Jalan Teratai dirobohkan MPK kerana didakwa beroperasi secara haram.

Sehubungan itu, Noh berkata beliau akan menulis surat kepada kerajaan negerikhususnya MPK bagi meminta penjelasan selain mendesak tindakan wajar dilakukan  bagi menyelesaikan perkara itu.

Katanya pihaknya juga akan menulis surat kepada Jabatan Sumber Manusia bagi dilakukan pemeriksaan keadaan asrama dan rumah pekerja sebuah syarikat pengeluar sarung getah di Taman Daya Maju, Jalan Teratai itu yang didakwa penuh sesak sehingga membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk setempat.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk bahawa keadaan asrama dan rumah yang didiami terlalu ramai pekerja warga asing menyebabkan kawasan persekitaran dan longkang di taman perumahan itu kotor serta berbau busuk berikutan sampah sarap dibuang merata-rata.

"Kita akan minta pihak Jabatan Sumber Manusia datang dan lihat sendiri keadaan di kawasan perumahan ini yang dijadikan asrama pekerja warga asing di mana sebuah rumah ditempatkan dengan kira-kira 40 pekerja warga asing. Keadaan ini boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk.

"Kita juga minta pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen supaya menjejaki warga asing tanpa izin yang membanjiri kawasan ini berikutan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan keluarga masing-masing," katanya.


Noh dalam pada itu meluluskan peruntukan berjumlah RM20,000 sebagai bantuan segera daripada pihak MTPNS bagi membolehkan penduduk kawasan perumahan itu menjalankan aktiviti pembersihan.

Jumaat, 6 September 2013

Noh Tidak Bertanding MT, Beri Ruang Pemimpin Pelapis Dari Selangor


Ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan BN negeri Selangor dan sebagai tanda terima kasih kepada YAB Presiden UMNO atas kepercayaan melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, merupakan intipati penting untuk Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar untuk tidak mempertahankan atau mencalonkan dirinya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada pemilihan parti tahun ini.  

Ujarnya, beliau dan kepimpinan UMNO negeri Selangor  akan berusaha untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri supaya UMNO dan BN kembali berkuasa di negeri Selangor.

“Selepas saya melihat senario politik di Selangor, ia memerlukan saya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

Dalam masa yang sama, saya ingin memberi tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan kerajaan persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor.

Dalam masa yang sama, saya juga menghormati suara sayap di dalam UMNO yang mencadangkan wakil mereka bertanding di dalam Majlis Tertinggi. Secara kebetulan antara calon-calon sayap tersebut datangnya dari Selangor iaitu Datuk Sohaimi Shahadan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda Selayang, Datuk Raja Ropiah Ketua Wanita UMNO Selangor,  disamping Datuk Satim Diman, Ketua Bahagian Puchong yang telah menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa terkilan dengan laporan tidak tepat yang disiarkan di dalam media pada 3 September yang lepas, tentang kenyataan secara umum beberapa pemimpin UMNO dan penganalisa politik mengenai laluan kepada muka-muka baru di dalam kepimpinan UMNO.

“Kenyataan tersebut sebenarnya adalah respond kepada soalan pemberita . Saya sama sekali tidak berniat untuk merujuk kepada mana-mana Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam negeri Selangor.

Kenyataan saya tersebut adalah secara umum dan saya ingin menegaskan, semua pemimpin di semua peringkat berhak untuk bertanding dan terserah kepada perwakilan untuk menentukannya.


Pimpinan UMNO Selangor tidak akan campur tangan dalam sebarang pertandingan di bahagian dan saya menafikan sekiranya ada individu yang mengaitkan nama saya. Segala keputusan perwakilan akan di iktiraf selaras dengan konsep demokrasi di dalam parti UMNO,” ujarnya lagi. 

Isnin, 2 September 2013

Khalid ohhhh Khalid ..... Apa Citer Air Tercemar Di Sungai Selangor

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mempersoal mengapa Sungai Selangor tercemar dengan tumpahan dan buangan sisa minyak ke sungai sehingga menyebabkan 1 juta pengguna Selangor terjejas?

Presiden, Hamidzun Khairuddin berkata, di mana peranan yang dimainkan oleh kerajaan selangor yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan sungai sebagai sumber air mentah utama ini.

“Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth wong perlu menjelaskannya kepada rakyat selangor.

Adalah tidak bertanggungjawab bila pihak berkuasa negeri menuding jari kepada syarikat pembekal air dan pihak loji rawatan sedangkan memelihara sungai bukan lah bidang kuasa mereka. Mereka tak boleh proses air kalau sungai tercemar teruk,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ada sumber mengatakan pihak yang mencemarkan sungai adalah kontraktor utama kutipan sampah di negeri selangor yang ada hubungan terus dengan kerajaan negeri.

Ketika rakyat sedang menyambut Hari Kemerdekaan dan umat Islam sedang banyak aktiviti rumah terbuka dan kenduri kahwin, rakyat dihadiahkan dengan sifat angkuh kerajaan negeri yang terus menuding jari kepada orang lain dan melupakan tanggungjawabnya memberikan perkhidmatan air bersih kepada rakyat.

“Logi Langat 2 adalah jawapan yang tuntas kepada kemelut air Selangor yang kini hanya miliki rezab 2% air bersih. Bila ada krisis air seperti yang terjadi dalam minggu ini barulah semua orang terkangkang!,” ujarnya lagi.