Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Isnin, 19 Ogos 2013

Shahrir Tidak Bertanding Jawatan MT, Tumpu Kawasan Parlimen


Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak berhasrat bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kawasan Parlimen yang  diwakilinya.

"Saya tidak ada menyimpan cita-cita untuk bertanding MT pada pemilihan kali ini kerana saya sibuk sebelah sini (kawasan Parlimen Johor Baharu). Saya rasa
ramai lagi pemimpin peringkat pusat yang berwibawa mempunyai idea baharu dan lebih bertenaga bagi menerajui politik peringkat nasional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Baharu di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu di sini hari ini.

Pada masa yang sama beliau meminta mereka yang menawarkan diri untuk bertanding tidak berdendam sesama sendiri sama ada menang atau kalah.

"Dalam pertandingan, asasnya bukan kita mengukur diri sendiri tetapi mereka yang ramai mengukur diri kita," katanya.

Di MUAR, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menafikan khabar angin beliau akan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober nanti.

Beliau berkata khabar angin itu dibuat oleh pihak tertentu ekoran keputusannya menangguhkan pengumuman bertanding sebarang jawatan kerana menganggap masih terlalu awal baginya untuk berbuat demikian. 

Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk bertanding jawatan anggota MT Umno kerana berpendapat jawatan itu perlu diisi dengan gandingan muka baharu dan lama bagi memastikan demokrasi dalam parti terus subur.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah Bangunan St John Ambulans Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di KULIM, Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai anggota MT Umno pada pemilihan parti itu nanti.

Abdul Aziz berkata setelah lima tahun berusaha untuk menjadi seorang Anggota Parlimen dan berjaya pada pilihan raya umum yang lalu, beliau akan menggunakan platform itu sebagai asas perjuangannya untuk memajukan kawasan diwakilinya.

"Saya akan berjuang khususnya menyuarakan pendapat mengenai pembangunan di negeri Kedah," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan dan bacaan Yasin untuk 51 buah sekolah menengah dan rendah dalam Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini.

Mengenai pembangunan di kawasannya, Abdul Aziz berkata beliau merancang

menjadikan kawasan pekan Mahang dekat sini sebagai bandar pusat ilmu, manakala Karangan yang mempunyai kawasan peranginan terkenal seperti 'Tree Top Walk' dan Arus Deras Sungai Sedim sebagai lokasi baharu program perumahan kedua kepada pelancong asing.

Hishammuddin Wakil Tunggal UMNO Johor Bertanding Naib Presiden


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menjadi wakil tunggal Umno Johor bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Oktober ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor hari ini yang dipengerusikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hishammuddin ketika diminta mengulas perkara itu menyatakan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan Umno Johor untuk beliau mempertahankan jawatan tersebut.

"Saya rasa begitu terharu dengan keputusan tersebut...saya rasa bangga dan bertuah sangat apabila mendapat mandat daripada rakan-rakan di Johor," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 penduduk itu ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad.

Ketika diminta mengulas keputusan DAP yang akhirnya akur dengan arahan
Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Hishammuddin berkata ini menunjukkan tindakan ROS sebelum ini adalah tepat.


"Walaupun banyak tuduhan telah dilemparkan namun tindakan terbaru DAP ini  membuktikan pihak mana yang benar dan pihak mana yang mengikut emosi," katanya.

Ahad, 18 Ogos 2013

Anwar Masih Gila Talak Dengan UMNO


Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.   Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Dato’ Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.  Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Dato’ Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Dato’ Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.   Justeru, Dato’ Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO.   Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Dato’ Seri Najib.

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.  Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Dato’ Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat?  Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga?  

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Dato’ Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.  

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Dato’ Seri Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau.  Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN. 

Dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya.

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Dato’ Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.   Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.  Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang Melayu, menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.  Walhal, orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.

Namun, orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Dato’ Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim?  

Bukankah lebih logik jika Dato’ Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir?

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.  Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.

Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka.  Dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah.  

Jumaat, 16 Ogos 2013

Agenda Kristian : Serangan keatas umat Islam di Malaysia


Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Jelas di dalam Al-Quran telah disebutkan bahawa orang kafir terutamanya Kristian dan Yahudi tidak akan berpuashati sehinggalah seluruh umat Islam tunduk kepada mereka. Ini dapat dilihat sejak dari zaman bermulanya Islam sehinggalah sekarang.

Orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetap dengan misi utama mereka iaitu untuk melihat umat Islam berpaling arah dan mengikut cara hidup mereka. Peperangan dan tentangan golongan Yahudi dan Kristian keatas umat Islam telah berlangsung beribu tahun lamannya. Namun begitu, dengan tamatnya perang Salib, umat Islam telah alpa dengan kemenangan yang telah dicapai oleh panglima agung Islam, Sultan Salahuddin Ayubi. Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila semua umat Islam bersatu padu tanpa memikirkan ideologi dan pelbagai fahaman setiap kumpulan atau individu yang mengaku dirinya Muslim.

Apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) telah dapat ditawan oleh tentera Islam, umat Islam di seluruh dunia mula alpa dan orang kafir pula sibuk mencari tempat di dunia. Lantas, mereka menjelajah sambil menakluk hati dan perasaan umat Islam. Umat Islam pada ketika itu kuat dari sudut ketenteraan dan kekuatan fizikal. Orang-orang Islam telah tersilap dengan menyangka serangan yang akan dilancarkan oleh musuh-musuh Islam adalah dengan peperangan. Sedangkan musuh-musuh Islam di seluruh dunia menggunakan pelbagai cara alternatif untuk mempengaruhi umat Islam dalam bentuk yang lebih halus.

Di Malaysia, agenda pemansuhan Islam telah dilaksanakan apabila Portugis/British/Belanda menjejakkan kaki di Malaya. Apabila penaklukan mereka gagal untuk mengubah iman dan akal umat Islam di Malaysia, maka mereka menghantar pula pendakwah-pendakwah mereka untuk menyusupkan ideologi Kristian di dalam pendidikan moden Malaya. Namun begitu, usaha mereka hambar apabila ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh mempersiapkan anak-anak mereka di rumah dengan ilmu agama yang mencukupi sehigga tidak ada pun anak Melayu yang tergoncang iman mereka dek penangan layanan mesra para mubaligh.

Orang Melayu “kebal” dengan hasutan para mubaligh, ini kerana sifat orang Melayu yang lemah lembut tetapi cekal hati yang telah menyebabkan ramai mubaligh-mubaligh ini pulang ke negara mereka dengan tangan kosong.
Kini Malaysia telah dilanda dengan serangan baru puak Kristian dan musuh-musuh Islam yang lain. Oleh kerana mereka tahu umat Islam di Malaysia sangat mudah untuk diprovokasi, mereka melaksanakan perancangan halus yang akan mengubah seluruh senario keagamaan di Malaysia.

Seperti kata-kata Datuk Ambiga Seevanesan “Saya berani bercakap pasal Islam, kerana PAS bersama saya” jelas menunjukkan, golongan Kristian dan musuh Islam di Malaysia sedang menggunakan teknik terbaru yang akan melaga-lagakan umat Islam di Malaysia agar Kristian dapat berkuasa di Malaysia.

Apabila sesuatu golongan yang dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai pejuang agama Islam memberikan sokongan kepada golongan yang menentang Islam secara terang-terangan dan halus, apa yang boleh dikatakan oleh umat Islam di Malaysia?

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa selepas tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian dan semua masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia akan dijadikan Gereja. Perkara ini tidak pasti samada benar atau tidak, namun angin yang membawa khabar itu cukup kencang sehingga apabila siasatan dibuat, sememangnya ada perjumpaan paderi-paderi besar Kristian yang membincangkan kemungkinan yang serupa.
Ini semua berlaku apabila umat Islam berpecah belah dan membenci antara satu sama lain. Sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia bersatu, tidak akan ada seorang pun orang KAFIR di Malaysia yang berani mengangkat kepalanya dan bertindak biadap kepada Islam dan umatnya.

Penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia. Ramadhan yang lepas, pasangan Kristian Alvin dan Vivian telah mengeluarkan gambar yang mengajak umat Islam untuk berbuka puasa dengan hidangan khinzir. Diletakkan pula logo halal di dalam gambar tersebut.

Terbaru, sebuah surau di Johor telah dijadikan tempat sembahyang agama Buddha. Ini merupakan satu penghinaan yang amat dasyat untuk umat Islam di Malaysia.

Di mana golongan yang sibuk menceritakan bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia. Di mana golongan yang sering menggunakan kitan Allah untuk mencari publisiti murahan dan meraih undi? Dimana golongan yang mengatakan kerajaan Malaysia ini kafir dan zalim, hanya kerana pemimpin tidak memakai serban, berjubah dan berjanggut?  Golongan ini hanya duduk diam kerana mereka telah diikat oleh orang-orang Kafir dan mereka juga akan sentiasa menentang pemimpin Islam di Malaysia.

Kesimpulannya, apa yang telah sedang orang Kristian, Yahudi dan golongan musyrikin lain adalah kesinambungan usaha untuk menghancurkan Islam oleh nenek moyang mereka. Umat Islam patut sedar bahawa mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menghancurkan agama suci ini. Oleh itu, golongan “ulama’” yang memberi perlindungan kepada Kristian, Yahudi dan kafir musyrikin  yang sedang giat menyerang Islam di Malaysia haruslah berhenti dari memberi bantuan kepada mereka. Jangan kerana politik mereka sanggup menggadaikan iman dan masa depan anak cucu mereka. Golongan ini perlu sedar, serban dan jubah mereka tidak akan menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang menunggu mereka di Alam Barzakh, apabila pengkhianatan mereka terhadap agama Allah akan dinilai dan dihukum.


Ingatlah! Orang Kafir tidak sesekali akan berhenti dari mencari jalan untuk menhancurkan agama Islam di bumi Malaysia. Ingatlah!

Pergolakan Di MESIR: Kehancuran Dunia Islam Semakin Nyata


Pergolakan di Timur Tengah sudah diterima sebagai berita rutin sejak berkurun lamanya.   Saban hari ada saja pertelingkahan antara puak dan mazhab walaupun secara dasarnya masyarakat di sana merupakan penganut agama Islam.   Dari apa yang diceritakan oleh rakyat di sana, negara mereka tidak pernah membezakan mazhab atau puak sebelum persengketaan tercetus.  Pertelingkahan antara mazhab dan puak hanya berbangkit beberapa tahun kebelakangan seolah-olah ada yang sengaja mencetuskannya.  

Malang sekali, sikap orang-orang Arab itu begitu mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi.  Oleh itu, musuh mudah ‘bermain’ dengan minda mereka, memanipulasi dan menghasut dengan agenda-agenda tertentu bagi membangkitkan kemarahan mereka.

Berikutan dengan itu, pemikiran mereka yang tertutup serta capaian maklumat yang terhad, menyebabkan mereka tidak dapat berfikir panjang serta pantas memilih keganasan untuk melepaskan perasaan dan mencapai matlamat.   Maka tidak hairanlah jika negara mereka sering bergolak dan sukar untuk berdamai.

Mesir, suatu ketika dahulu merupakan pusat ilmu bagi dunia Islam.  Disitulah terletaknya Universiti Islam tersohor di dunia iaitu Al-Azhar di mana terkumpulnya Ulama-ulama hebat.  Namun, entah kenapa setelah sekian lama, Mesir masih belum mampu menyaingi dunia barat dari segi ilmu. Al-Azhar tidak mampu membantu melahirkan pemimpin Islam yang cukup ramai, yang berpandangan jauh dan berkredibiliti, bagi mengubah pemikiran masyarakat Arab.

Jika sebelum ini rakyat Mesir berbangga dengan kuasa rakyat menukar kerajaan, maka hari ini terbukti sudah bahawa tindakan anarki tidak pernah menghasilkan sesuatu yang baik.  AlQuran telah menyatakannya secara jelas, tetapi rakyat Mesir, termasuk Ulama Al-Azharnya telah gagal memahami dan mempraktikkan ajaran AlQuran itu.   Akibatnya, Mesir hari ini sekali lagi tenggelam dalam lautan darah yang jauh lebih dalam dari pemberontakan Dataran Tahrir di permulaan Arab Spring.

Lautan darah di Mesir mungkin tidak seluas dan sedalam Syria dan Palestin namun, ia seharusnya mengejutkan umat Islam dari tidur.   Sudah sampai masanya kita semua berhenti sejenak dan berfikir bagi mencari di manakah salah kita sebagai satu ummah?

Bukankah umat Islam hari ini ‘jauh lebih Islam’ dari umat Islam terdahulu?  Bukankah umat Islam hari ini lebih ‘terserlah keIslamannya’ berbanding dahulu?  Bukankah terdapat beratus kali ganda jumlah tahfiz, ustaz dan ulama pada hari ini berbanding dahulu?  Jika dahulu, imam hanya membaca surah-surah lazim dalam solat tetapi kini, surah-surahnya cukup panjang.  Itu belum lagi dikira dengan tazkirah, ceramah dan kuliah agama yang giat dijalankan di mana-mana saja.  Jika dahulu kita hanya menghafal doa-doa asas, tetapi kini kita melakukan semuanya dengan doa dari masuk tidur hinggalah ke masuk ke bilik air.

Tetapi, kenapakah ketika pemerintahan Shah Iran yang isterinya tidak bertudung, Iran lebih aman maju dan makmur berbanding selepas itu?  Kenapakah umat Islam di Malaysia lebih jujur, ikhlas, sopan dan beradab di zaman dahulu berbanding hari ini?  Sedangkan dahulu, wanita Islam di Malaysia tidak bertudung tetapi hari ini bertudung, berpurdah siap berstokin dan bersarung tangan? 

Justeru, kenapakah Dunia Islam semakin tenat jika benar kita semua ‘semakin Islam’? 

Apakah ia salah orang Kristian?  Atau salah orang Yahudi?  Atau salah wanita Islam yang tidak bertudung?  Atau salah lelaki Islam yang gemar berjudi dan minum arak?  Atau salah pemimpin yang rasuah atau pembangkang yang khianat?

Apakah benar Acheh dilanda tsunami kerana ‘tidak cukup Islam’?   Apakah benar umat Islam Bosnia disembelih sebagai balasan kerana ‘tidak mengamalkan cara hidup Islam’?

Jika ditanya para Ulama, jawapannya pastilah berbunyi, ‘kita harus kembali kepada AlQuran’.  Namun, seperti apa yang berlaku di Mesir, para Ulama sendiri telah membelakangkan AlQuran kerana ingin menjatuhkan kerajaan.

Malaysia pernah dijulang sebagai satu-satunya negara Islam tulen di zaman Rasulullah SAW di mana semua golongan termasuk bukan Islam mendapat keadilan dan kebebasan secukupnya.  Malaysia tidak ekstrem dan tidak juga liberal, sebaliknya menepati ajaran Islam sebenar iaitu ‘bersederhana’.  Tiada paksaan dalam Islam di Malaysia sama ada ke atas bukan Islam atau ke atas umat Islam sendiri.  Wanita Islam di Malaysia tidak dikongkong atau dilayan seperti kelas dua atau hamba, yang mana membolehkan negara ini maju dan makmur tidak seperti negara-negara Islam lain yang konservatif.

Malaysia pernah menjadi satu-satunya harapan dunia Islam bagi membela nasib mereka.  Hari ini, harapan dunia Islam kepada Malaysia masih lagi tinggi.

Justeru, jika kita masih tertanya-tanya di manakah silap kita sebagai ummah, maka tanyalah juga apa yang Malaysia lakukan yang tidak silap, sehingga mampu menjadikan kita sebagai negara Islam contoh.   Jawapannya ada di sekeliling kita.

Kemakmuran, kemajuan, keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah bukti bahawa kita tidak silap seperti negara-negara Arab, tetapi telah melakukan sesuatu yang tepat.   

Sejak kita Merdeka, kerajaan telah meletakkan ilmu sebagai matlamat utama sejajar dengan ajaran AlQuran.  Ilmu boleh diperolehi secara percuma.  Kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mendiskriminasikan wanita atau mana-mana kaum dalam soal ilmu – sejajar dengan ajaran AlQuran juga.   Prinsip Malaysia ialah menolak sebarang bentuk ektremisme termasuk dalam amalan agama Islam.  Rakyat Malaysia juga terkenal dengan lemah lembut dan adab sopan sekali gus menentang sebarang bentuk keganasan – sejajar dengan ajaran AlQuran juga.  

Oleh itu, jika kita mengambil sedikit masa untuk berfikir maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini iaitu ‘ilmu’, ‘kedudukan wanita’ ‘kesederhanaan’ dan ‘adab’ merupakan asas kejayaan Malaysia.

Dan jika kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji, maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini, tidak pernah dipegang oleh negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu.  

Malang sekali, terdapat usaha dari beberapa pihak di Malaysia untuk menjadikan negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu sebagai model pula.  Kesilapan orang-orang Arab dianggap benar oleh segelintir orang-orang kita.   Sedangkan jika kita mengikut jejak langkah mereka, sudah tentu kita juga akan terhumban dalam nasib yang sama.

Hari ini, kita wajar bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yang ‘masih waras’ walaupun diasak dari berbagai sudut oleh oleh golongan ekstremis, liberal dan sesat (Syiah). 

Malangnya, walaupun Malaysia cukup kukuh sebagai sebuah Negara Islam, namun Malaysia masih belum mampu menghulurkan bantuan yang signifikan bagi memulihkan keadaan di Timur Tengah.  Ini bermakna, Malaysia juga masih terlalu jauh dalam mencapai matlamat menjadi ‘Khalifah’ di dunia kerana kita tidak berdaya menyaingi musuh Islam dari segi ketinggian ilmu.   

Justeru, Malaysia hanya mampu berdoa kepada rakyat Palestin, Syria dan Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kita hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, agar umat Islam tidak lagi beretorik mengenai kembali kepada AlQuran, tetapi benar-benar mengotakannya.  Kita berdoa agar umat Islam mampu meletakkan ilmu dari langit, bumi dan lautan di tempat tertinggi sepertimana ajaran AlQuran.  Kita berdoa agar suatu hari nanti Universiti AlAzhar atau mana-mana Universiti di Malaysia akan berjaya melahirkan para pencipta, pemikir dan saintis yang mampu menyaingi dunia barat dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam.  Kita berdoa agar ada saintis Islam yang membuktikan bahawa bulan itu pernah terbelah dua dan bukan hanya merujuk kepada kajian saintis bukan Islam.


Kita tidak tahu sampai bila Malaysia mampu bertahan sebagai Negara Islam sebenar, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa sekiranya Malaysia turut jatuh, maka hancurlah dunia Islam sepenuhnya.

Rabu, 14 Ogos 2013

Perhatian Utk Semua Rakyat Malaysia!


Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call".

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.


Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

Selasa, 13 Ogos 2013

Apa Kata MB & Ketua Menteri Tidak Bertanding Jawatan Tertinggi UMNO ........


Yer, medan pertempuran untuk merebut jawatan dalam parti UMNO bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi sudah terbuka luas.

Sekarang nie hanya menunggu masa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut dengan pemimpin yang benar-benar untuk mengisi asas perjuangan agama, bangsa dan negara atau mengisi jawatan tersebut dengan pemimpin yang sekadar mahu mengisi perjuangan dengan agenda peribadi semata-mata.

Hari ini, kita masih dalam demam hari raya, sibuk dengan rumah terbuka sana dan sini, dalam sibuk-sibuk beraya tu, confirm agenda pertandingan turut mengisi agenda penting rumah-rumah terbuka tersebut..... (rumah terbuka sahabat-sahabat UMNO sahajalah).

Okey, berbalik pada soal pemilihan UMNO ini, aku nak mencadangkan sahaja agar Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri agar tidak bertanding di peringkat pimpinan tertinggi, sama ada Naib Presiden ataupun Ahli Majlis Tertinggi, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk memajukan, memakmurkan atau pun memperkuatkan jentera parti UMNO dan BN di peringkat negeri masing-masing dalam menuju `medan perang PRU14'....


Contohnya Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno kali ini.


Sebaliknya kata Ketua Perhubungan Umno Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Kaji strategi bina rumah kos rendah


Kerajaan negeri Johor sedang mengkaji untuk mengadakan beberapa strategi bagi memastikan perancangan membina rumah kos rendah dan mampu milik di Johor dapat dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu perumahan menjadi tumpuanrakyat kerana harga rumah meningkat begitu tinggi sehingga di luar kemampuan sejak kebelakangan ini.

“Di Johor, kita sudah meletakkan syarat untuk setiap pemaju membina rumah kos rendah dan mampu milik, tetapi isunya sebahagian mereka tidak melaksanakan syarat tersebut.

“Kerajaan Johor sudah kenal pasti syarikat sebegitu. Kita sudah arahkan PBT menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka akan melaksanakan ia atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor di Stadium Tertutup MPPG, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, meskipun strategi dimaksudkan masih di peringkat perbincangan, kerajaan negeri sudah menubuhkan ‘task force’ untuk menyediakan rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kita (task force) melihat kepada semua kawasan, mengenal pasti permintaan dan menentukan agar kita dapat memenuhi permintaan dengan melaksana seterusnya menjayakan bekalan (kediaman),” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan memperluaskan penyediaan Projek Perumahan Transit untuk  pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga kepada  golongan bujang.

Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan melihat terlebih perkara itu dalam semua sudut.


Selain itu, kerajaan negeri  juga akan memberi perhatian kepada penyediaan perumahan PPR untuk disewa kepada golongan sasaran.

Isnin, 12 Ogos 2013

Kenyataan Media PAK LAH ...... Penjelasan Mengenai 'Buku Pak Lah'

Kenyataan Media
YBhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.


12 Ogos

Jumaat, 2 Ogos 2013

Namewee Bengang The New Village Dtangguh.....


Aku memang menunggu sangat respon Si Namewee nie.....

Sekarang dia dah bersuara, aku nak menunggu sangat apa respon dari pihak berkuasa dan pihak-pihak berwajib terhadap tindakan budak nie ....

Sekarang nie aku nak tengok, siapa pemimpin yang akan mempertahankan si Namewee nie plak.....


Khamis, 1 Ogos 2013

Jangan Layan Adu-Domba, Kembali Kepada Asas Perjuangan UMNO


Ahli-ahli UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan ‘cantas-mencantas’ khususnya ketika proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi asam garam dalam politik, namun ketika menjangkau usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.

“Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14.

Begitu juga di dalam Pemuda, kita harus melihat kepada asas perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan perjuangan yang member makna kepada kehidupan rakyat.

Ahli-ahli Pemuda harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan gossip, mengata, memperlekeh sesame kita, mengejek dan berjenaka tentang pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang terkecewa dalam parti, yang mahu mahu mencorakkan gerakan dalam parti dengan tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.


“Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita,” ujarnya lagi.  

Perlulah UMNO Contohi Demokrasi Dalam DAP Ataupun PKR


Hebat betul minah nie ... 

Dia mengatakan proses demokrasi tidak kelihatan khasnya semasa proses pemilihan Parti UMNO.....

Jadi, perlukah UMNO mencontohi proses demokrasi yang berlaku dalam pemilihan DAP ataupun PKR ......? 

Tepok dada, tanyalah hati masing-masing......

Petisyen Pilihanraya: Kenapa Anwar Meroyan Sakan?


Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya.   Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional.   Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran.  Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti.   Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya.  Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan.   Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma.  Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu.  Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta. 

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.   Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal. 

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini  beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga.   Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya. 

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik.  Sebagai aktor tersohor,  Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.


Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu.  RM1.5 juta, bukan masalah baginya.  Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.   

Jurulatih Anjing Khabarnya Telah Ditahan


Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ dipercayai telah ditahan pihak polis petang semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Tak susah rupanya nak cari maklumat.... bak kawan aku kata, " dulu org pakai saka..skang org pakai google..."


Nama : maznah binti mohd yusof
Kpt. : 750518016414
Alamat. : 20 jalan anggerik 2, prima beruntung, bukit beruntung, rawang.
Pekerjaan : jurutera industrial sunedision, sg way, pj
HP : 0173818292
umur : 38 thn 2 bulan
adik beradik : ke 2 daripada 9 adik beradik
pendidikan : bachelorof sains industry engineering di marquette university milwaukee wisconsin, usa

kenderaan : JKB1805 toyota hilux

Tiba-Tiba 'Dia' Muncul Kembali


Aku dah makin pening .... tiba-tiba blog Sahabat-Gunung kembali menjelma selepas hampir 12 jam hilang dari alam maya.....

Apa sebenarnya nie?

Mengapa boleh jadi begini.....


Apa aku nak buat nie .... maknanya sekarang nie aku dah ada dua blog....