Pergerakan Pemuda UMNO memandang berat dan serius di atas pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi yang berterusan terhadap kaum etnik Rohingiya di daerah Arakan , Myanmar.
Pengerusi Biro Hal-Ehwal Antarabangsanya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, setelah sekian lama Etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar tidak di iktiraf kewarganegaraan mereka , ini menjadikan mereka kaum yang ‘state-less’ atau ‘tanpa negara’ .
“Laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa etnik Rohingiya adalah kaum minority yang paling dianaya di dunia .
Kami khuatir , jika penindasan ini berterusan , ini berkemungkinan etnik ini akan di hapuskan sama sekali , seperti apa yang telah berlaku di Bosnia-Serbia pada tahun 1992-1995.
Myanmar, yang juga merupakan rakan Asean, seharusnya menunjukkan sikap toleran dan adil di dalam isi etnik Rohingiya di Negara mereka,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
|
Dato Mohamed Hazali Abu Hassan |
Tambahnya, Malaysia yang akan mempengerusikan Asean tahun 2015, dan rakan Asean yang lain harus memainkan peranan yang instrumental dan proaktif , bagi membantu menyelesaikan perkara ini .
Perkara yang berlaku ini amat jelas telah mencabul hak asasi mereka sebagai rakyat di dunia , menurut Artikel 3 Hak Asasi Manusia , untuk berhak hidup , bebas dan mendapat jaminan keselamatan yang sepenuhnya.
Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB juga mengiktiraf maruah dan hak sama rata tidak terpisah yang melibatkan semua warga dunia.
“Biro Antarabangsa Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan wakil United Nations ( PBB ) di Malaysia , untuk mendesak campurtangan yang segera oleh PBB melalui Majlis Keselamatan, bagi menghentikan sebarang bentuk penindasan , diskriminasi dan eksploitasi ke atas kaum Rohingya di Barat Myanmar, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi perkara ini.
Biro Antarabangsa Pemuda UMNO juga akan menghantar satu pasukan ‘mencari-fakta’ di daerah Arakan , Myanmar Barat , untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan terkini di dalam perkara ini.
Pada masa yang sama , pihak kami akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia untuk menyatakan keprihatinan kami dan kekesalan di atas penindasan kaum Rohingya Islam di daerah Arakan , Myanmar,” ujarnya lagi.