Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi
Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Patutlah Azmin Tak Layak Jadi MB Selangor – Rupanya Dia Amal Politik Kebudak-Budakan - Nazir


EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin menempelak kenyataan dangkal Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam melontarkan cabaran kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib supaya bertanding dalam PRK N25 Kajang menentang Ketua Umum PKR.

Ujarnya, amalan politik kebudak-budakan Azmin Ali dalam hal ini menguatkan lagi alasan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menolak beliau sebagai calon Menteri Besar adalah amat tepat.

“Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sebenarnya sedang memperkosa amalan demokrasi di negara ini dan membuktikan bahawa kepercayaan dan keyakinan pengundi dan rakyat di negeri Selangor amat mudah untuk di permainkan.

PKR seharusnya mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang diwakili Azmin Ali bagi memberi ruang kepada Pelacur Politik seperti Anwar Ibrahim memenuhi cita-cita peribadi sebagai Menteri Besar setelah gagal menjadi Perdana Menteri memandangkan kepimpinan Azmin Ali terbukti ditolak oleh Pakatan Pembangkang Negeri Selangor,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Terdahulu, Azmin Ali menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terkemuka dunia, pemimpin yang dikehendaki oleh Negara-negara Islam seperti Timur Tengah serta Negara-negara yang membangun.

Kepimpinan Anwar bukan sahaja diperlukan di Malaysia malah di Negara lain. Sehubungan dengan itu, orang Kajang sangat beruntung kerana ada pemimpin dunia yang turun berjuang di Kajang.

Azmin turut mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk bersaing bersama Anwar Ibrahim merebut kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh.

Kemelut Azmin Ali-Khalid Ibrahim Hanya Sandiwara Politik PKR

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali merupakan orang kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah Azmin ini sebanarnya merupakan mastermind kepada parti PKR selama ini, jadi kemelut kepimpinan yang dikatakan melibatkan Azmin dan Khalid Ibrahim di Selangor sejak akhir-akhir ini hanya satu permainan politik mereka.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, walaupun ada pihak khususnya di pihak UMNO dan BN melihat keretakan hubungan Azmin-Khalid di Selangor termasuk penguguran Azmin dari PKNS ini merupakan percaturan politik menjelang pemilihan parti PKR tidak lama lagi, tapi hakikatnya ianya merupakan sandiwara terbesar PKR untuk menutup segala isu yang lebih besar yang berlaku di Selangor termasuk isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA baru-baru ini.

“Azmin mastermind Anwar dan PKR, jadi mereka ‘berlakon bersama’ dalam sandiwara keretakan Azmin-Khalid untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku di Selangor, malah saya sendiri mendapat maklum-balas dari sahabat-sahabat yang masih dalam PKR hari ini, bahawa isu Azmin-Khalid ini tidak memberikan apa-apa kesan khususnya dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Jadi saya berharap, agar rakyat dan pimpinan UMNO agar tidak terjebak dengan permainan politik hebat Azmin-Khalid ini sebaliknya menumpukan pada isu-isu rakyat dan masyarakat seperti isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA di Selangor daripada melayan karenah Azmin-Khalid Ibrahim ini,” ujarnya yang juga bekas EXCO Pemuda Keadilan Pusat.

Dalam masa yang sama, beliau menyelar kepimpinan dan ahli yang muda dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini yang nampaknya hilang punca dan tidak berprinsip dalam hala tuju perjuangan mereka.

Anak-anak muda yang menyertai AMK hari ini hanya tahu mencari salah kerajaan, hanya mahu memberikan persepsi negatif pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kepada rakyat.

“Begitu juga dengan tindakan Ketua AMK, Shamsul Iskandar semalam yang mengadakan demostrasi di hadapan Kedutaan Jepun yang menuntut penjelasan mengapa Anwar dilarang memasuki Jepun serta menganjurkan kempen Boikot Barangan Jepun, tindakan yang merepek dan tidak masuk akal.

Tetapi, inilah masanya mereka (Shamsul Iskandar) nak menonjol untuk menjadi `hero’ kepada Anwar Ibrahim. Inilah masanya mereka nak menunjukkan kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR bahawa dialah hero yang memperjuang dan mempertahankan Anwar dalam isu larangan memasuki Jepun baru-baru ini.


Mereka nak boikot barangan Jepun, tapi datang demostrasi di Kedutaan Jepun pun naik Honda, naik Toyota.... boikot apa namanya tu,” tambahnya

Buang Pekerja PKNS- Satu Lagi Bukti Pakatan Gagal Laksana Konsep ‘Negeri Berkebajikan’


Kemelut  masalah dalaman Kerajaan Pakatan Selangor semakin meruncing, perbalahan antara Menteri Besar, Tan Sri  Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sehingga terpaksa bazirkan wang rakyat untuk memberikan laluan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang semata-mata hendak mengaburi mata rakyat terhadap permasalahan dlm kepimpinan Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adha Abu Hanifah berkata, terkini isu pembuangan pekerja-pekerja PKNS secara tiba-tiba juga menunjukkan cara pentadbiran lemah pihak Pakatan Selangor.

Isu terbaru itu berlaku tidak sampai sebulan selepas pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohammed Azmin Ali, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Ini jelas menunjukkan Pakatan cakap tak serupa bikin bila Hak Asasi Pekerja di cabuli oleh ‘pelacur-pelacur politik’ Pakatan Pembangkang ini.

Di sini secara jelas kepimpinan pakatan Selangor melacurkan kuasa dalam pentadbiran negeri, pembuangan pekerja-pekerja PKNS ini ibarat meludah ke muka mereka sendiri, kerana mereka juga yang selama ini melaung-laungkan konsep ‘negara berkebajikan’ dalam manifesto politik mereka,” ujarnya yang juga Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Tambahnya, hakikat sebenar pakatan DAP-PKR-PAS Selangor mengkhianati hak asasi pekerja.


“Keputusan-keputusan yang dibuat kini oleh Pakatan kini jelas tidak mendapat kesepakatan dan permuafakatan dalam kepimpinan Selangor, sebagai contoh, berlakunya peletakan jawatan ADUN Kajang sehingga berlakunya PRK Kajang, keputusan dibuat tanpa perbincangan antara parti-parti gabungan pakatan, dan akhirnya rakyat dijebakkan dengan sandiwara politik mereka,” tambahnya.