Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi
Memaparkan catatan dengan label Dato Mohamed Hazali Abu Hassan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato Mohamed Hazali Abu Hassan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Pijak, Bakar Dan Kempen Boikot Barangan Jepun- Tindakan Orang Tak Bertamadun Dan Berintelektual Rendah


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menganjurkan boikot barangan Jepun selain beberapa ahli PKR yang memijak dan membakar logo bendera Jepun baru-baru ini sebagai berperangai yang tidak bertamadun dan berintelektual rendah. 

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, kumpulan ini langsung tidak memahami atau buat-buat tak tahu mengapa  idola mereka, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun.

“Jika inilah perangai pemimpin-pelapis pelapis pembangkang, yang sudah dari muda menunjukkan kebiadapan dan sikap non-diplomatik mereka, bayangkan jika mereka berkuasa di negara ini di masa hadapan, sudah tentu sikap dan reaksi sebegini akan di bawa sebagai budaya mereka. 

Ini juga menunjukan bahawa mereka tidak menghormati perundangan negara luar dengan melakukan perkara tersebut kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Mungkin juga kerana sikap protes jalanan telah di guna pakai oleh Anwar sejak dari dahulu lagi,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.   

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap tersebut, yang dapat mengeruhkan jalinan persahabatan dua hala antara Kuala Lumpur dan Tokyo.

Malaysia perlu menunjukkan kematangan politik dan kestabilan masyarakat secara menyeluruh di atas usaha Malaysia untuk mendapatkan sokongan dunia bagi merebut salah satu kerusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada tahun 2015.

“Sikap provokasi , tidak bertoleransi dan protes ala koboi di jalanan terhadap negara luar yang tidak bijak akan mengurangkan keyakinan negara dunia untuk memberi undi kepada Malaysia untuk bersama di dalam majlis ini.

Kita berharap semua pihak faham dan dapat memberikan kerjasasama yang baik terutamanya yang melibatkan hubungan antarabangsa , agar aspirasi Negara tercapai, yang juga telah mendapat mandat untuk mewakili negara ASEAN di UNSC pada penggal 2015-2017,” tambahnya.

Dalam perkembangan yang berlainan , merujuk kepada isu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Sweden kerana didakwa memukul anak mereka, kami berharap pihak perkhidmatan sosial Sweden dapat memberikan hak penjagaan sementara kepada keluarga Islam yang telah di kenal pasti  oleh Wisma Putra di sana.

“Kami amat prihatin akan kebajikan dan kesejahteraan mereka terutamanya di dalam aspek Islam seperti solat dan permakanan halal. Kita juga berharap  bahawa pihak bertanggungjawab Sweden dapat mempercepatkan proses soal siasat ke atas pasangan En Azizul Raheem Awalludin dan isterinya agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan semua pihak ,” tambahnya.

Pemuda Desak PBB Segera Campur Tangan Penindasan & Diskriminasi Etnik Rohingya

Pergerakan Pemuda UMNO memandang berat dan serius di atas pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi yang berterusan terhadap kaum etnik Rohingiya di daerah Arakan ,  Myanmar.

Pengerusi Biro Hal-Ehwal Antarabangsanya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata,  setelah sekian lama  Etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar tidak di iktiraf kewarganegaraan mereka , ini menjadikan mereka kaum yang ‘state-less’ atau ‘tanpa negara’ .

“Laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa etnik Rohingiya adalah kaum minority yang paling dianaya di dunia .

Kami khuatir , jika penindasan ini berterusan , ini berkemungkinan etnik ini akan di hapuskan sama sekali , seperti apa yang telah berlaku di Bosnia-Serbia pada tahun 1992-1995.

Myanmar, yang juga merupakan rakan Asean, seharusnya  menunjukkan sikap toleran dan adil di dalam isi etnik Rohingiya di Negara mereka,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dato Mohamed Hazali Abu Hassan
Tambahnya, Malaysia yang akan mempengerusikan Asean tahun 2015,  dan rakan Asean yang lain harus memainkan peranan yang instrumental dan proaktif , bagi membantu menyelesaikan perkara ini .

Perkara yang berlaku ini amat jelas telah mencabul hak asasi mereka sebagai rakyat di dunia , menurut Artikel 3 Hak Asasi Manusia , untuk berhak hidup , bebas dan mendapat jaminan keselamatan yang sepenuhnya.

Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB juga mengiktiraf maruah dan hak sama rata tidak terpisah yang melibatkan semua warga dunia.

“Biro Antarabangsa Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan wakil United Nations ( PBB ) di Malaysia , untuk mendesak campurtangan yang segera oleh PBB melalui Majlis Keselamatan,  bagi menghentikan sebarang bentuk penindasan , diskriminasi dan eksploitasi ke atas kaum Rohingya di Barat Myanmar, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi perkara ini.

Biro Antarabangsa Pemuda UMNO juga akan menghantar satu pasukan ‘mencari-fakta’ di daerah Arakan , Myanmar Barat , untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan terkini di dalam perkara ini.

Pada masa yang sama , pihak kami akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia untuk menyatakan keprihatinan kami dan kekesalan di atas penindasan kaum Rohingya Islam di daerah Arakan , Myanmar,” ujarnya lagi.