Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Khamis, 6 Februari 2014

Buang Pekerja PKNS- Satu Lagi Bukti Pakatan Gagal Laksana Konsep ‘Negeri Berkebajikan’


Kemelut  masalah dalaman Kerajaan Pakatan Selangor semakin meruncing, perbalahan antara Menteri Besar, Tan Sri  Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sehingga terpaksa bazirkan wang rakyat untuk memberikan laluan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang semata-mata hendak mengaburi mata rakyat terhadap permasalahan dlm kepimpinan Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adha Abu Hanifah berkata, terkini isu pembuangan pekerja-pekerja PKNS secara tiba-tiba juga menunjukkan cara pentadbiran lemah pihak Pakatan Selangor.

Isu terbaru itu berlaku tidak sampai sebulan selepas pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohammed Azmin Ali, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Ini jelas menunjukkan Pakatan cakap tak serupa bikin bila Hak Asasi Pekerja di cabuli oleh ‘pelacur-pelacur politik’ Pakatan Pembangkang ini.

Di sini secara jelas kepimpinan pakatan Selangor melacurkan kuasa dalam pentadbiran negeri, pembuangan pekerja-pekerja PKNS ini ibarat meludah ke muka mereka sendiri, kerana mereka juga yang selama ini melaung-laungkan konsep ‘negara berkebajikan’ dalam manifesto politik mereka,” ujarnya yang juga Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Tambahnya, hakikat sebenar pakatan DAP-PKR-PAS Selangor mengkhianati hak asasi pekerja.


“Keputusan-keputusan yang dibuat kini oleh Pakatan kini jelas tidak mendapat kesepakatan dan permuafakatan dalam kepimpinan Selangor, sebagai contoh, berlakunya peletakan jawatan ADUN Kajang sehingga berlakunya PRK Kajang, keputusan dibuat tanpa perbincangan antara parti-parti gabungan pakatan, dan akhirnya rakyat dijebakkan dengan sandiwara politik mereka,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan