Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Rabu, 31 Julai 2013

Sape Budak Tembam nie .....


Budak nie namanya Armand Adza, budak PJU....

PJU tu apa plak.... PJU tu maksudnya Petaling Jaya Utara.

Kalau tak silap, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian PJU.

Dia nie pernah jadi Ketua Wira PERKASA, dan selepas melepaskan jawatan Ketua Wira PERKASA, khabarnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk menyuntingnya tetapi dia kekal berpendirian untuk terus bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam PemudaUMNO, selain Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian PJU, dia nie gak Timbalan Pengerusi Unit Pidato & Pengucapan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kendalian Saudara Lokman Noor Adam.

Terbaru, selain dari Pemuda UMNO, dia ada juga mewujudkan satu NGO baru yang dinamakan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)..... dia jadi Presiden...

Itu serba sedikit mengenai sahabat aku nie ...... yang aku katakan tadi budak TEMBAM.

hakikatnya, bukannya hebat mana pun budak tembam nie, namun dia layak dan mampu untuk mengisi kekosongan yang ada dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dan Armand juga dah menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia pada #PemilihanPemuda13, insya-Allah September ini.


Okeylah, tu jer serba sikit yang nak aku ceritakan sebagai mukadimah mengenai sahabat aku nie.... Armand Azha.

Nota: Lepas nie aku akan interview budak tembam nie, nak tahu gak apa pendirian dan mengapa dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding EXCO Pemuda.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan