Pemuda Penggerak Transformasi

Pemuda Penggerak Transformasi

Rabu, 31 Julai 2013

Kaligrafi Kalimah Syahadah: Permohonan Maaf Courts Malaysia Ditolak


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) hari ini dengan tegas menolak permohonan maaf daripada Courts Malaysia ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN berpendapat ia terjadi bukan secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam.

"Sehubungan dengan itu, GAGASAN memberi tempoh tiga hari kepada pihak pengurusan Courts Malaysia untuk membuat siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggung jawab.


Jika tidak pihak GAGASAN akan bersama-sama seluruh NGO’s Islam dan Melayu akan mendesak kerajaan mengambil tindakan melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersama Akta Hasutan termasuk mengadakan kempen memboikot barangan Courts," ujarnya dalam Satu kenyataan di sini, hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan